Artikel
ini adalah respon bagi menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan oleh
sesetengah pihak, mengapa perlu kahwin awal?. Ana rasa terpanggil
untuk memberi respond tentang perkara tersebut. Tetapi ana lebih
menyentuh kepada persoalan mengapa muslimat perlu kahwin awal.
Ada
pihak yang membuat bermacam-macam andaian mengapa perkara tersebut
boleh berlaku dan adakah ianya disebabkan oleh budaya di satu-satu
tempat atau sebaliknya. Di sini ana ingin berkongsi sedikit fikrah
bagi menjelaskan keadaan tersebut.
Seperti yang kita semua
maklumi bahawa disyariatkan pernikahan itu adalah untuk menjaga
kemaslahatan umat dan banyak perkara kebaikan lagi yang telah
ditetapkan di dalam syariat. Jika ingin diceritakan kesemuanya sudah
tentu ianya melalui perbahasan yang panjang. Jadi untuk meringkaskan
topic ini saya akan nyatakan beberapa alasan dan pandangan yang boleh
kita kongsikan bersama.
Kita biasa mendengar persoalan yang
timbul, mengapa muslimat atau siswi yang belajar agama terutama di asia
barat lebih cenderung untuk kahwin awal dan melimitkan tempoh akhir
usia ‘bujang’ kepada 25 tahun. Sudah tentu ianya menjadi tanda Tanya
bagi sesetengah pihak. Maka timbullah bermacam-macam jenis andaian. Ada
yang mengatakan bahawa takut dilabelkan ‘AN-DAR-TU’ dan banyak lagi
istilah-istilah yang timbul.
Kebiasaan tersebut kadang-kala
boleh menimbulkan suasana dan budaya yang tidak berapa menyenangkan.
Namun sebenarnya bagi muslimat itu sendiri mempunyai sebab dan alasan.
Walaupun tidak semua yang berfikiran sedemikian tetapi saya berharap
agar muslimat yang sudah berumahtangga dan yang masih bujang dapat
memikirkan apa yang akan saya nyatakan ini. Jika pendapat ini salah dan
bertentangan maka tegurlah.
Sebenarnya faktor kahwin awal dan
melimitkan usia tertentu adalah kerana muslimat itu mempunyai
perancangan dalam kehidupan dan berfikiran jauh. Selaku umat Islam kita
mesti mempunyai perancangan jangka panjang dalam kehidupan. Perancangan
yang dimaksudkan adalah bagaimana meneruskan kehidupan selaku seorang
muslimat. Bagi seorang muslimat yang mempunyai kefahaman agama yang
mendalam sudah tentu faham akan apa yang perlu dilakukan.
Factor
tersebut dilihat daripada banyak aspek antaranya aspek kesihatan, umur,
kewangan dan sebagainya. Saya lebih menjurus kepada antara salah satu
tujuan perkahwinan adalah meramaikan umat Islam kerana Rasulullah
sukakan umatnya yang mengikut sunnah Baginda seterusnya menjaga
kelangsungan agama Islam itu sendiri.
Jika dilihat dari factor
kesihatan tempoh kehamilan wanita adalah sehingga usia 40 tahun kerana
selepas dari usia tersebut akan menimbulkan bermacam-macam risiko
kepada wanita tersebut. Jadi cuba anda fikirkan jika seseorang muslimat
itu telah memilih tempoh akhir untuk berkahwin ketika usia 25 tahun,
maka berapa kalikah kehamilan dan kelahiran yang boleh dirancang?? Dari
kaedah penyusuan pula tempoh paling baik adalah dengan tempoh 2 tahun
ke bawah. Bukan pendapat dari doctor perubatan sahaja.
Tetapi
konsep itu juga ada di dalam agama Islam. Salah satu hikmah dari
penyusuan bayi kepada 2 tahun itu adalah boleh menjarakkan kelahiran
kepada 2 tahun. Dan jarak tersebut boleh memberi kerehatan fizikal dan
mental bagi wanita tersebut. Maka cuba anda kira berapa ramai anakkah
yang boleh dilahirkan oleh wanita tersebut jika dia berkahwin dalam
usia 25 tahun dan mendapat anak pada usia 26 tahun kemudian mengehadkan
kehamilan ketika berusia 40 tahun?
Jawapannya adalah 8 orang.
Jumlah tersebut adalah mengikut cara yang telah dinyatakan di atas.
Jika tidak percaya cubalah hitungkan semula. Itulah antara
faktor-faktornya. Jadi bagi merancang kehidupan dan memikirkan
kelangsungan agama Islam itu sendiri saya membawa anda semua untuk
memikirkan perkara tersebut. Sebenarnya semua yang dilakukan itu perlu
kembali kepada niat seseorang.
keredhaan ALLAH maka segala amalan menjadi ibadah malahan mendapat
ganjaran di sisinya. Teruskan hidup dan perjuangan demi Islam!
0 commentz:
Post a Comment