Bercinta dengan berbeza darjat memang selalu menjadi tema utama dalam
filem-filem percintaan dan hikayat epik lama. Filem 'Penarik Beca' dan
'Antara Dua Darjat' karya P. Ramlee adalah contoh filem yang menjadikan
tema cinta berlainan darjat atau kelas sebagai latar belakang filem.
Begitu juga filem 'Titanic' atau karya agung Shakespeare, 'Romeo &
Juliet'. Bagaimanapun, cerita percintaan dengan perbezaan agama seperti
'Mualaf' dan 'Gubra' karya Yasmin Ahmad selalu diakhiri dengan
kontroversi.
Memang terdapat ulama yang memberikan pandangan yang membolehkan lelaki
Islam berkahwin dengan perempuan ahlil kitab. Ahlil kitab di sini
merujuk kepada orang yang menganut Kristian Katholik dan Yahudi.
Terdapat beberapa khilaf dan syarat-syarat yang membolehkannya tetapi
hakikatnya ia berlaku di kebanyakan tempat di UK.
Di Indonesia, berkahwin antara yang berbeza agama seperti itu sudah
menjadi perkara biasa. Di tanah air, keadaan ini tidak dibenarkan
kerana wujud perbezaan pandangan dan keadaan masyarakat. Kadangkala
wujud keghairahan sesetengah pihak atau kumpulan untuk membuat hukum
yang sama di semua tempat.
Lelaki Islam memang dibenarkan berkahwin dengan wanita ahli kitab
sebagai cara berdakwah dan maslahat menghadapi cabaran setempat. Ulama
memberi sesuatu hukum berdasarkan keadaan setempat tanpa meninggalkan
sumber al-Quran dan Hadis sebagai sandaran utama. Sesetengah ulama
memberi hukuman berbeza dengan ulama di tempat lain berdasarkan
perkiraan persoalan tempatan.
Ulama di Kufah, di Cordoba dengan ulama di Makkah dikatakan mempunyai
perbezaan dalam membuat suatu hukum. Awalnya memang aku tidak berpuas
hati tetapi apabila aku bertanya langsung dengan Tuan Guru Abdul Hadi
Awang yang kebetulan ke Bristol, aku kena akui hakikat perbezaan
pandangan itu. Yang penting, bagaimana kita menghormati hukum yang
telah ditetapkan oleh ulama dan hukum itu tentunya atas asas yang
kukuh.
Mendidik Islam
Seorang kenalan aku yang sudah lama bermastautin di sini
berkahwin dengan wanita Kristian. Wanita itu tetap dengan Kristian dan
dia berkata bahawa perkahwinan sebegitu memang diharuskan di dalam
Islam. Yang menariknya, wanita itu menyediakan makanan halal dan
memastikan anak-anaknya melaksanakan ajaran Islam terutama solat dan
puasa.
Mereka bukan sahaja prihatin soal halal haram makan tetapi kualiti
makanan juga diutamakan. Meskipun makanan tersebut halal tetapi tidak
berkhasiat untuk kesihatan, dia akan tolak ke tepi. Berbanding dengan
orang Islam biasa, selagi halal mereka akan makan tanpa menghiraukan
soal kualiti dan keperluannya.
Tahun lepas dia memulakan puasa Ramadan dengan bersahur sesama
keluarga. Apabila kami datang ziarah ke rumah mereka, kami tidak
khuatir tentang makanan yang disediakan. Mereka juga datang berbuka
puasa di rumah kami.
Jika di tanahair, aku mungkin dianggap sebagai 'bersubahat' tetapi di
sini aku berfikiran bahawa inilah yang terbaik yang mampu kami lakukan
untuk mengajaknya memeluk Islam. Sekurang-kurangnya apabila wanita itu
berkahwin dengan lelaki Islam, dia sudah memahami agama Islam dari
suaminya.
Ketika aku membuat majlis doa selamat sewaktu almarhum ayahandaku dalam
keadaan sakit, dia datang ke majlis yang diadakan di masjid itu dengan
bertudung. Dia turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Dia
turut bersimpati dengan keadaan almarhum ayahanda aku ketika itu dan
sentiasa bertanya tentang perkembangan kesihatan almarhum.
Kami menjadi terharu dengan cara dia melayan kami meskipun berbeza
agama dan budaya. Meskipun dari segi aqidahnya tidak Islam tetapi
kebanyakan sikap dan tindakannya adalah Islam. Bahkan, mereka
sekeluarga datang menziarahi keluarga kami di Teluk Intan sewaktu kami
pulang ke tanahair pada musim panas lalu.
Berkahwin selepas beranak
Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang lelaki Kristian yangberkahwin
dengan wanita Islam. Kedua-duanya daripada Afrika dan mereka memiliki
budaya yang hampir sama kecuali agama. Kami temui sewaktu majlis jamuan
Aidiladha yang diadakan di Highmead.
Tahun ini, majlis solat sunat Hari Raya Korban diadakan di European Institute of Human Science, Highmead.
Warga Islam pekan Lampeter, Carmarthen dan Highmead berkumpul
di institut pendidikan Islam itu bagi melaksanakan solat sunat
Aidiladha. Aku diberitahu bahawa wanita Islam itu seorang yang tidak
meninggal solat dan sentiasa menutup aurat. Dia akan menunaikan solat
di tempat kerja meskipun di dalam bilik stor. Meskipun suaminya seorang
Kristian, dia menghantar isterinya ke majlis-majlis keagamaan dan dia
turut serta dalam majlis itu.
Bulan Ramadan lepas, suaminya tidak membenarkan dia berpuasa kerana
isterinya sedang sarat mengandung. Memang di dalam Islam, seorang
wanita yang sedang mengandung diberikan kelonggaran dari kewajipan
berpuasa di bulan Ramadan. Namun, dia perlu menggantinya selepas dia
berasa mampu melakukannya. Oleh kerana dua agama yang berbeza bercampur
dalam sebuah rumahtangga, sikap tolak ansur sangat penting bagi
menentukan keharmonian hidup.
Memang tiada satu nas yang membenarkan perkahwinan tersebut tetapi
itulah hakikatnya kehidupan bekeluarga di UK. Pada mereka,
sekurang-kurangnya mereka berkahwin, ada tanggung jawab terhadap satu
sama lain berbanding sebilangan besar masyarakat di sini yang hidup
tanpa perkahwinan dan sebarang ikatan.
Hari ini seorang wanita boleh tinggal bersama dengan teman lelakinya
yang baru dikenali dan minggu depan mungkin dengan lelaki lain pula.
Bukan tiada rasa cemburu dalam diri mereka sebagai manusia tetapi
kefahaman tentang kebebasan individu mengatasi psikologi dan batas
agama. Bahkan perkahwinan dianggap sebagai satu sekatan yang
menyebabkan seseorang itu hilang kebebasan. Oleh itu, ramai pasangan
hidup tanpa berkahwin hingga dikurniakan beberapa orang anak tetapi
kemudian selepas itu baru mengikat tali perkahwinan secara rasmi.
Mereka pergi ke gereja atau mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat
Pendaftaran dengan diiringi sanak keluarga, rakan-rakan dan juga
anak-anak mereka!- tajdid
Borang Online
Mari Sembang
|
Followersz
- Qarkun
- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata, maka zinanya ialah melihat, kedua telinga, zinanya ialah mendengarkan, lisan, zinanya iaiah berbicara, tangan, zinanya ialah mengambil, kaki, zinanya iaiah melangkah, hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya Imam Muslim, sedang riwayatnya Imam Bukhari adalah diringkaskan. (Bab 290) Haramnya Melihat Kepada Wanita Ajnabiyah Bukan Mahramnya — Dan Kepada Orang Banci Yang Bagus Tanpa Ada Keperluan Yang Dibenarkan Menurut Syara'
Hijrahz
Sejenak Bersama
Waktu Solat
Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan
Hadiz Muslim
Al-Quran
Cinta kerana ALLAH
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
mencari CINTA YG DIREDHAI..
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat" "Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita" "Daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika dkau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" "Kurniakanlah daku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu" "Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" "Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu" "Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh daku dalam jurang cinta nafsu" "Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu" "Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu" "Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu" "Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu" "Daku mendambakan cinta suci yang terjaga" "Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya" "Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa" |
About Me
Blog Archive
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 commentz:
Post a Comment