Ikhwan Muslimin

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al-Ahzab: 71)

Wednesday, October 21, 2009

Ku Merayu

Posted by Qarkun

Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Allah ku pinta segala terlerai

Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Allah ampunilah daku
Sudi kiranya Kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Allah sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu

Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

Saturday, October 17, 2009

Sinar Buat Teman

Posted by Qarkun

Sekelip mata bersinar,
Utuh bertakhta di hati sanubari,
Menyinari jiwa yang kian sepi,
Memimpinkan ku ke lorong suci.

Ku berserah segalanya,
Semua yang ku mampu,
Tiada apa bisa kusembunyikan. ..huhuhu. ..darimu,
Tentunya dariMu Tuhanku,
Engkau yang Mengetahui segalanya.
Engkaulah Yang Terbaik,
Segalanya yang kau curahkan,
Tak pernah terbatas walau seketika.

Engkaulah Yang Terbaik,
Segalanya yang kau curahkan,
Kasih sayang,
Lumrah kehidupan, kurniaanMu tak ternilai,
Yang tak mampu ku balasi.

Terima kasih wahai rakan,
Ucapan yang termampu,
Buatmu dariku, 
Ikhlas setulus kasih.

Ucapan yang termampu,
Wahai sahabat, kaulah teman,
Syukran ya sayyiti, ya syafiqi, ya sadi
Syukran ya syafiqi, ya ma?ya sadi

Merpati Dua Sejoli

Posted by Qarkun

Suatu ketika dahulu ada sepasang kekasih sedang menyemai bernih cinta kasih sayang. Mereka mengenali satu sama lain untuk tujuan hidup bersama dan mengharapkan keredhaan, dirahmati serta kasih sayang dari Allah untuk perhubungan mereka yang suci agar Allah menjodohkan mereka dan memberi kebahagiaan serta semoga perhubungan mereka kekal hingga akhir hayat. Hanya mati memisahkan mereka. Si lelaki berjanji untuk menjaga, melindungi dan memberi kasih sayangnya kepada si perempuan dengan sepenuh hatinya. Si Lelaki amat mencintai si perempuan. Si Lelaki bersedia untuk mengahwini kekasihnya dan menerima seadanya kekasihnya tanpa memikirkan hal2 lampau mereka dahulu.

Suatu hari kekasih si lelaki tersebut ingin memutuskan perhubungan mereka kerana si perempuan tersebut mendapati dirinya sakit leukimia tahap dua dan menyuruh kekasihnya cari pengganti dirinya. Si Perempuan tersebut tidak ingin menyusahkan Si Lelaki itu suatu hari kelak sebab jika mereka menikah dan ditakdirkan ada anak. Dia akan meninggalkan suami dan anak2nya yang masih kecil. Dia tak nak suaminya dan anak2nya bersedih.

Si lelaki terbabit tidak kisah semua itu, dia dapat terima seadanya bakal isteri tersebut sebab baginya manusia tetap akan mati. Lambat atau cepat sahaja. Baginya ada juga manusia yang sihat mati dulu dari yang sakit. Kita tak tahu bila tarikh kita akan meninggal, apa yang penting bersiap sedia untuk menghadapi kematian dengan segala amal ibadat. Si lelaki terbabit amay menyayangi dan mencintai kekasihnya dan jika boleh dia nak berkahwin dengan kekasihnya dan menjaga kekasihnya hingga nafas terakhir. Dia nak tunaikan janjinya pada kekasihnya. Si lelaki terbabit amat bersedih dengan keputusan kekasihnya.

Sekarang Si Perempuan terbabit menyuruh kekasihnya lupakan dia dan kasih mereka makin jauh. Si Perempuan tersebut ingin melupakan segala kisah suka dukanya. Sekarang si perempuan tersebut serah pada Allah akan jodohnya. Si Lelaki terbabit juga pernah juga membuat kesalahan pada kekasihnya dan kemungkinan juga kekasihnya terasa hati dan si lelaki tersebut amat menyesalinya kerana tidak dengar nasihat kekasihnya. Si lelaki tersebut juga tidak sempat menunaikan hasrat terakhir ibunya.

Kekasihnya menderita kerana sakit dan si lelaki tersebut ingin mengambil kekasihnya sebagai isteri dan ingin menjaga tetapi mereka tiada kata sepakat an berserah pada Ilahi.

Persoalannya :

1. Patutnya mereka berpisah berdasarkan cerita tersebut?

2. Jika anda menjadi mereka, apa perasaan anda dan keputusannya?

3. Si lelaki tersebut ingin menunaikan janjinya dan dia amat sedih dengan keputusan kekasihnya.

4. Si Perempuan tersebut ingin memutuskan perhubungannya dan beri peluang kepada kekasih cari penggantinya tetapi kekasih tidak mahu dan hanya ingin bersama kekasih hingga nafas terakhir.

Apa pandangan dan pendapat kalian. Walaupun ini hanya cerita tetapi kita boleh kongsi pendapat dan idea yang bernas?

Hati Kami

Posted by Qarkun

Robbana 
Ya Tuhan kami
Bersihkanlah hati kami
Dari noda iri dan dengki
Dari cacat, angkuh dan sombong

Robbana 
Ya Tuhan kami
Sembuhkanlah hati kami
Dari sifat tipu dan dusta
Dari cacat, ujub dan ridah

Mulut kami suka betul bergunjing sepanjang hari
Mulut kami senang betul menyakiti hati kawan sendiri

Robbana 
Ya Tuhan kami
Bersihkanlah hati kami
Dari noda, ujub dan riya

Robbana 
Ya Tuhan kami

Friday, October 16, 2009

Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?

Posted by Qarkun

“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”

“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”

“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”

“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”

“Macam mana tu?”

“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”

“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”

“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”

“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”

“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”

“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”

“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”

“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”[2]

1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan) . Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”

[2] Ihya Ulumuddin, Kitab Ilmu Pengetahuan, Bab Kebawajipan Seorang Pelajar. Menurut Imam Al-Ghazali ini adalah kata-kata Ali r.a. Namun, tiada bukti untuk mensabitkan dan tiada bukti untuk menidakkan.


Hanya Kau Ku Rindu

Posted by Qarkun


Kelam malam menyeliputi sepi…
menerbangkan dedaun menyentuh pipi…
mengesat air satria gagah berani…
berjuang hingga hilang arah berlari…
dimana langkah dimana kini…
siapa kembali siapa pergi…
masihkah ada harapan dimasa ini…
Merekah bergetar terasa dibenak hati…
menyulam tanah dibungkus sendiri…
biarkan masa laju berlari…
meninggalkan kesan luka-luka diri…
jasad parah terhunus duri-duri…
memerhati saat-saat kembali…
tiada siapa mengelilingi…
tiada siapa temani…
hanya bayang singgah memberi harga diri…
Hujan melimpahkan air merah membasai…
menghilangkan kesan kesakitan dialami…
membuatkan jiwa teguh mendekati…
berjanji pada diri…
Tiada… tiada… hanya Kau ku rindui…
mengapakah aku masih tidak mati…
ungkapkan kalimah hunuskan lagi…
biar melimpah biar bersepah jasad mati…
tetap teguh ingin memiliki…
aku hanya hamba… perlukah hamba tidak mentaati…
Tidak tercapai…
hanya memerhati…
ingin berlari…
apakan daya langkah mati…
dibaham kegilaan kerinduan menyiat hati…
aku akan mencari walau tanah menyelibungi…

Tertekan suami malas kerja

Posted by Qarkun


Sudah empat bulan saya dan suami melayari bahtera perkahwinan setelah lama bercinta. Sebelum berkahwin, dia mempunyai bisnes kecil-kecilan yang diusahakan bersama adik-beradiknya tetapi dia kini telah terhenti.

Kini, dia seorang penganggur dan tiada pendapatan. Sejak hari pertama berkahwin sehingga sekarang sayalah yang menguruskan segala perbelanjaan rumah tangga. Kadang-kadang saya merasakan bahawa dia sengaja tidak mahu berkerja. Kami sering bergaduh kerana kelalaiannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan dia sering pulang ke rumah ibunya. Apabila saya beritahu mengenai ketidakpuasan hati saya, dia sering berkata jika sudah berkahwin jangan berkira dengan suami dan tidak mencium bau syurga. Dia juga mengugut tidak mahu mengampunkan dosa saya. Saya berasa sangat tertekan dengan perkahwinan ini. Apa yang patut saya lakukan?
*Nurani

Jawapan:


Perkahwinan merupakan ikatan yang suci antara pasangan Adam dan Hawa. Puan, jika kita mengimbas kembali kejadian manusia yang bernama Hawa adalah diciptakan untuk menjadi pasangan kepada Adam. Ia bertujuan supaya manusia berkasih-sayang antara satu sama lain berdasarkan syariat Islam.

Oleh sebab itulah wujud ikatan perkahwinan antara lelaki dan wanita. Perkahwinan adalah satu kontrak perkongsian hidup antara lelaki dan wanita dengan berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka.

Dan apabila wujudnya ikatan perkahwinan maka wujudlah amanah dan tanggungjawab antara suami dan isteri. Isteri merupakan satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SAW. Dia berhak mendapat perlindungan serta keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suaminya. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ashaba Al-Sunan yang bermaksud:

“Hindun, isteri Abu Sufian telah mengadu kepada Rasulullah bahawa suaminya tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya. Lalu Rasulullah memerintahkan Hindun mengambil dari harta Abu Sufian bahagian untuk nafkahnya dan anak-anaknya dengan sebaiknya.”

Berdasarkan hadis ini jelaslah bahawa suami wajib menyediakan nafkah terhadap isteri dan jika suami enggan dengan sengaja, cuai ataupun nafkah yang diberi tidak mencukupi maka seorang isteri berhak mengambil harta suaminya sebagai nafkah buat isteri dan anak-anaknya.

Kini kebanyakan wanita mempunyai kerjaya atau mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada suami. Bagaimanapun ini tidak bermakna seorang suami itu akan hilang tanggungjawabnya.

Seperti yang kami jelaskan di atas nafkah merupakan pemberian wajib daripada suami kepada isterinya.

Keperluan nafkah merangkumi makanan, pakaian, pelajaran, ibadat, tempat tinggal, kesihatan dan sebagainya. Sebagai seorang suami, dia wajib mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada tanggungannya.

Apabila seorang isteri membantu di dalam perbelanjaan seharian ia tidak bermakna seorang suami boleh bersikap lepas tangan apabila perbelanjaan harian dibantu oleh isterinya.

Selain itu ingin kami jelaskan bahawa, kebanyakan orang berpendapat bahawa nafkah hanya boleh dituntut apabila berlakunya perceraian antara suami dan isteri.
Pendapat ini ternyata sekali tidak benar. Suami wajib menyediakan nafkah yang sewajarnya untuk isteri dan jika suami tersebut telah dengan sengaja dan cuai dalam menyediakan nafkah yang secukupnya maka seorang isteri itu boleh membuat tuntutan di mahkamah syariah.

Ia selaras dengan Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk memerintahkan seorang suami membayar nafkah kepada isterinya menurut apa yang ditentukan oleh hukum syarak.

Seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya suami puan masih lagi mengabaikan tanggungjawabnya di dalam menyediakan nafkah terhadap puan, puan boleh memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah atau puan juga boleh mendapatkan khidmat guaman untuk melaksanakan prosiding tuntutan tersebut di mana-mana firma guaman serta Biro Bantuan Guaman yang terdekat atau menghubungi kami.

Friday, July 3, 2009

LELAKI & WANITA

Posted by Qarkun


Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -



1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

(siannnnnya. .. kpd bapa yg telah meninggal dunia dan merasa terseksa dalam kubur, ingatlah hanya 3 perkara yg dibawa bersama di mana anak yg solehah yg mendoakan kedua ibu bapanya selain dari amalan kebajikan dan ilmu serta amalan sedekah semasa bapanya masih hidup)

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.
HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

******

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM

------------ --------- --------
NASIHAT UNTUK PEMBACA
------------ --------- --------

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Thursday, June 25, 2009

Lelaki & Wanita

Posted by Qarkun

Salam,

Tujuan islam adalah membangunkan masyarakat islam yang
bersih, diberi syahwat kelamin (sex) supaya mereka jangan
punah dan musnah dari muka bumi ini. Antara lelaki dan wanita
saling memerlukan. Tetapi diberikan akal, dan akal sendiri meng-
hendaki hubungan-hubungan yang teratur dan bersih.Syahwat
adalah keperluan hidup. Tetapi jika tidak dikendalikan maka
keburukan dan kotoranlah yang akan timbul.

Untuk itu kepada lelaki yang beriman diberi ingat agar matanya
jangan liar bila melihat wanita cantik atau memandang bentuk
badannya yang menggiurkan syahwat.Memelihara kemaluan
dan tenaga kelelakiannya supaya jangan diboroskan. Dia akan
bezina dan zina adalah permulaan dari zina terus, akan meng-
hancurkan peribadi dan hilang kendali atas diri. Jadilan manusia
kotor.

" Katakanlah kepada orang-orang beriman (laki-laki) itu, supaya
mereka menekurkan sebahagian pandangan mereka dan meme-
lihara kemaluan mereka. Yang demikian adalah lebih bersih bagi
mereka. Sesungguhnya Tuhan ALLAH lebih mengetahui apa
yang mereka kerjakan" Surah An-Nur;30

Peringatan buat wanita, selain menjaga penglihatan mata dan
memelihara kemaluan juga jangan pertontonkan perhiasan mereka
kecuali yang nyata sahaja, iaitu cincin di jari, muka dan tangan
itulah perhiasan yang nyata.

Kehidupan yang bebas juga mendorong untuk melakukan maksiat.
Sampai hancur peribadi dan hilang kendali atas diri, maka jadilah
orang yang kotor. Orang dipaksa mesti sopan dan berpekerti halus.
Tetapi pintu-pintu mengganggu syahwat dibuka selebar-lebarnya.
Tubuh mereka dipertontonkan. Yang telah terjerat dan terpengaruh
dengan duniawi sanggup lakukan apa saja demi mencari kepuasan
diri sanggup korbankan harga diri.

Kuat dan jayanya seseorang itu adalah kerana akhlaknya, apabila
akhlaknya rosak maka binasalah orang itu.