Tahukah kalian siapakah perempuan yang tercedera? Itulah perempuan yang telah meninggalkan peranannya, yang telah tercemar pemikirannya, yang telah songsang pegangannya. Tetapi siapakah yang mencederakan perempuan? Jangan salahkan mereka sahaja. Salahnya juga terletak atas bahu ummah. Sebagaimana yang saya nyatakan dalam post-post yang lepas, perempuan telah menjadi mangsa agenda serangan doktrinasi musuh-musuh yang ingin melihat kekuatan ISLAM runtuh. Luka atas wanita ini, tidak akan mampu dirawati, diubati, melainkan dengan memahami keadaan mereka, dan mereka juga cuba memahami diri mereka. Kalau kita lihat hari ini, kita boleh saksikan ramai perempuan-perempuan yang tercedera. Mereka tidak luka pada kulit, tetapi mereka luka pada hati. Dari luka hati inilah, bernanahnya kefahaman yang rapuh serta amal yang buruk. Rata-rata hari ini perempuan membuka perisai malu mereka kepada sesiapa sahaja. Hatta, sebahagian besar tidak memilih orang, malah membuka perisai malu itu untuk tayangan ramai. Mereka menampilkan fesyen pakaian yang pelbagai, sama sekali jauh dari adab berpakaian yang ISLAM anjurkan. Bila ditanya mengapa tidak menutup aurat? Mereka menyatakan bahawa itu adalah kebebasan peribadi. Bila disuruh, mereka terus menyatakan bahawa kita hendak memberikan tekanan kepada mereka. Jangan salahkan mereka atas tindak balas mereka. Mereka adalah perempuan yang tercedera oleh pisau sistem, konspirasi untuk merosakkan ISLAM kita. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” Benar. Fitnah terbesar adalah perempuan. Kerana, sebagaimana yang kita nyatakan dalam post lepas, kejatuhan mereka adalah kejatuhan ummah. Mereka adalah makhluk ALLAH yang sangat penting dan amat dibutuhkan. Lihatlah hari ini, bagaimana perempuan-perempuan dicederakan. Mereka dilimpahkan lamu kepopularan. Lalu dinipiskan pakaian mereka biar mengiurkan. Disingkat pakaian mereka biar ada bahagian tubuh cantik terdedah. Dicukur bulu kening mereka agar kelihatan anggun. Gincu merah menyala dikenakan pada bibir. Saya hendak bertanya, bagaimanakah dengan anak-anak kepada perempuan sebegini? Adakah anak mereka akan lebih mudah mengikuti ajaran ISLAM dan mengamalkannya, atau mereka akan rasa sukar mengamalkan ISLAM lalu meninggalkannya? Posibiliti yang manakah mempunyai peratusan lebih tinggi? Tercederanya perempuan hari ini tidak lagi mengira umur. Ramai sahaja berumur semuda belasan tahun sudah mengandung. Kalau sudah berkahwin tidak mengapa, tetapi rupanya hubungan seks bebas luar nikah yang dilakukannya. Ada yang sanggup berbogel, menangkap gambar lalu menghantarnya kepada yang tercinta. Ramai pula yang tertipu dengan satu kalimah bernama CINTA. Tercederanya perempuan tidak mengira sudut. Sudut pemikiran, sudut akhlak, sudut pegangan, sudut adab sopan, semuanya dihiris dengan pisau tajam nan buas. Didoktrin ummah menghina wanita, wanita hilang sabar bangkit dengan amarah, hinggakan ISLAM pun mereka tarah, tercemar aqidah. Perempuan rasa rumah tempat hina. Medan kerja lelaki itulah yang perlu disainginya. Maka tertinggallah anak hilang guru pertamanya. Perempuan rasa perlu setanding lelaki. Keluar berkerjaya hingga lupa tanggungjawab diberi ILAHI. Bergaul dengan bukan mahram realiti hari-hari, pergaulan bebas sudah ibarat garam dalam masakan sendiri. Perempuan hari ini tercedera. Darah mereka masih mengalir. Luka semalam belum sembuh, muncul pula luka baru pada hari ini. Bila perempuan tercedera, di manakah pendidik dan penjaga sang bayi suci? Tercedera. Segeralah mencari ubat! Apakah ubatnya? Semua perlu kembali kepada ISLAM. Semua. Lelaki dan perempuan. Sama-sama kembali menilai, bermuhasabah akan kepentingan dan kelebihan satu sama lain, seterusnya mencari titik persamaan. Ketahuilah bahawasanya, Nabi Adam dahulu pun sunyi di dalam syurga, lalu diberikannya Hawa. Tanpa rusuk kiri Adam, Hawa juga tiada. ALLAH SWT berfirman, “ Mereka itu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka” Kita saling memerlukan sebenarnya. Bila perempuan tercedera, lelaki juga terluka. Buangkan ego kita, kembalikan intelek kita, rasionalkan pemikiran, bina kesefahaman! Kefahaman dan kesedaran ini perlu kita fahaminya, Jika tidak kita akan terus luka, Sementara darah kita masih belum kering.... Mari kita berusaha mengubatinya!
Borang Online
Mari Sembang
|
Followersz
- Qarkun
- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata, maka zinanya ialah melihat, kedua telinga, zinanya ialah mendengarkan, lisan, zinanya iaiah berbicara, tangan, zinanya ialah mengambil, kaki, zinanya iaiah melangkah, hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya Imam Muslim, sedang riwayatnya Imam Bukhari adalah diringkaskan. (Bab 290) Haramnya Melihat Kepada Wanita Ajnabiyah Bukan Mahramnya — Dan Kepada Orang Banci Yang Bagus Tanpa Ada Keperluan Yang Dibenarkan Menurut Syara'
Hijrahz
Sejenak Bersama
Waktu Solat
Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan
Hadiz Muslim
Al-Quran
Cinta kerana ALLAH
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
mencari CINTA YG DIREDHAI..
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat" "Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita" "Daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika dkau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" "Kurniakanlah daku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu" "Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" "Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu" "Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh daku dalam jurang cinta nafsu" "Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu" "Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu" "Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu" "Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu" "Daku mendambakan cinta suci yang terjaga" "Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya" "Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa" |
About Me
Blog Archive
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 commentz:
Post a Comment