Dalam menangkis serangan-serangan doktrinasi, sedang kaum lelaki turut teracun dengan diskriminasi, maka sang wanita perlu mempunyai inisiatif kendiri, bangkit membina diri. Wanita perlu berani, memecahkan perangkap maya yang dibina oleh musuh-musuh ISLAM, dan kembali memegang Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan. Sesungguhnya tiadalah kebebasan dan kemuliaan melainkan apabila kita kembali berpegang kepada dua sumber ini. Rasulullah SAW bersabda ketika khutbah wida’, “Aku tinggalkan kamu dua perkara, apabila kamu berpegang dengannya maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, itulah dia kitab ALLAH dan sunnah rasulNya” Wanita perlu berusaha kembali kepada dua sumber ini dalam apa jua keadaan sekalipun. Walaupun kini beberapa usaha kotor dijalankan dengan menggunakan syariat sebagai kambing hitam, wanita tidak sepatutnya rasa mengalah dan berpaling daripada ALLAH dan segala arahanNya. Yakinlah bahawa ALLAH itu tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, dan ALLAH juga amat lembut dan penyayang kepada hamba-hambaNya. ALLAH SWT berfirman, “ Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Jika beberapa pihak menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk meletakkan perempuan di bawah lelaki, mendiskriminasi wanita dan merantai mereka dengan rantai majazi yang sebenarnya hanya ilusi, maka wanita sendiri perlu bangkit, belajar dan mengkaji makna-makna ayat Al-Quran yang digunakan itu dan apakah tafsirannya. ISLAM tidak pernah menyempitkan ummahnya. Wanita dan lelaki diletakkan pada taraf yang serupa. Yang mulia hanyalah yang lebih taqwanya. Cuma bidang tugas lelaki dan wanita ada perbezaannya. Yang mulia adalah yang bersungguh melaksanakan perintah ALLAH atas kerja-kerja mereka. Apabila wanita sendiri memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai syariat ALLAH SWT, maka akan terbukalah jalan kejelasan kefahaman untuk mereka, dan gagallah segala taktik keji dan perancangan nista musuh-musuh kita. Kajilah semula ayat-ayat ALLAH, dalamilah semula hadith-hadith Rasulullah SAW, selak dan hayatilah semula seerah Rasulullah SAW, kemudian lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melayan isterinya, bagaimana Umar Al-Khattab melayan isterinya. Dari itu semua, akan terbentanglah kebenaran, dan wanita akan melihat di manakah letaknya kemuliaan seorang wanita. ISLAM telah mengangkat wanita, dari perhambaan zaman yunani kepada kebebasan ISLAM, dari eksploitasi zaman ini, kepada penjagaan ISLAM, dari kemurahan duniawa, kepada kemahalan ISLAM. Lihatlah ISLAM meletak wanita di mana. Di manakah ISLAM meletak wanita? Di barisan hadapan pasukan pembina ummah! Di tangan perempuanlah terletak masa hadapan dunia. Lihatlah bagaimana wanita-wanita zaman-zaman dahulu memuliakan diri mereka dengan amalan dan mereka dimuliakan. Tidakkah kamu memandang kepada Ummul Mukminin Khadijah RAH? Namanya disebut walau telah lama pergi meninggalkan Rasulullah SAW. Tidakkah kamu melihat kepada Nusaibah RAH? Dia dipuji Rasulullah SAW di medan Uhud. Tidakkah kamu melihat bagaimana Rasulullah SAW melayan Fatimah RAH? Dimuliakan anaknya itu semulia-mulianya. Tidakkah kamu melihat bagaimana Aisyah RAH? Sahabat-sahabat besar turut segan kepadannya. Apakah kamu lupa berkenaan ibu kamu Hawa? Bapa kamu Adam as yang duduk di syurga penuh nikmat turut sunyi tanpanya. Apakah kamu lupa kepada Yukabid Ibu Musa? Sabarnya ditempuh ujian dipuji ALLAH di dalam Al-Quran. Apakah kamu lupa akan Asiah isteri Firaun? Teguhnya dia di sisi manusia terzalim membuatkan ALLAH memuliakannya di dalam Al-Quran. Adakah kamu melupakan Maryam ibu Isa as? Dipuji ALLAH berkali-kali di dalam Al-Quran atas keteguhannya, dan kebersihan niat ibunya Hanna. Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang melahirkan para nabi? Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang melahirkan para perdana menteri? Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang melahirkan para sultan? Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang melaihirkan para jeneral? Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang melahirkan artis? Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang melahirkan perompak? Wahai wanita, kamu lupakah siapa yang mealhirkan perogol? Wanita, jagalah diri kamu,perkuatkanlah kefahamanmu, jelaskanlah aqidahmu, padamulah letaknya harapan dunia. Jangan kau bangkit dengan muntahan lahar yang memusnah semua. Kau bangkitlah dengan cahaya mentari yang menyuluh terang segala. Bangkitlah, jagalah dirimu. Jagalah dirimu dan ALLAH akan limpahkan kerahmatan kepada dunia. Apakah ada tugas yang lebih mulia dari membina manusia-manusia yang mulia? Wanita, bangkitlah, jagalah dirimu, dunia ini amat amat memerlukamu.
Borang Online
Mari Sembang
|
Followersz
- Qarkun
- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata, maka zinanya ialah melihat, kedua telinga, zinanya ialah mendengarkan, lisan, zinanya iaiah berbicara, tangan, zinanya ialah mengambil, kaki, zinanya iaiah melangkah, hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya Imam Muslim, sedang riwayatnya Imam Bukhari adalah diringkaskan. (Bab 290) Haramnya Melihat Kepada Wanita Ajnabiyah Bukan Mahramnya — Dan Kepada Orang Banci Yang Bagus Tanpa Ada Keperluan Yang Dibenarkan Menurut Syara'
Hijrahz
Sejenak Bersama
Waktu Solat
Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan
Hadiz Muslim
Al-Quran
Cinta kerana ALLAH
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
mencari CINTA YG DIREDHAI..
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat" "Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita" "Daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika dkau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" "Kurniakanlah daku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu" "Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" "Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu" "Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh daku dalam jurang cinta nafsu" "Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu" "Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu" "Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu" "Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu" "Daku mendambakan cinta suci yang terjaga" "Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya" "Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa" |
About Me
Blog Archive
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 commentz:
Post a Comment