Hari ini tiba-tiba teringat kepada seseorang. Jadi hari ini berlalu dengan agak perlahan. Kenapa kadang-kadang kita mesti terfikir benda ini? Ha... benda apa? hurm.. saya sebenarnya tengah terfikir mengenai menjemput bidadari... Saya masih jauh lagi untuk mencapai tahap layak menjemput bidadari saya. Tambahan... saya pun tak tahu adakah bidadari saya suka pada saya. Lebih membuatkan saya perlu bersabar adalah, saya belum mencukupi beberapa syarat untuk berkeluarga. Ada orang, dia kira nak kahwin sahaja. Tetapi perasan tak bahawa, perkahwinan kita ini adalah satu perjuangan kita dalam membina ummah? Isteri kita, anak-anak kita adalah saham kita di akhirat, juga sebagai kekuatan dalam membina ummah yang solehah. Justeru, kalau kita menganggap perkahwinan sebagai satu perkara mainan, yang boleh dibina di atas dasar cinta murahan, maka yang kita bina hanyalah keluarga yang rapuh serta tidak boleh menyumbang kepada ummah. Pembentukan ummah adalah bermula dari pembentukan keluarga. Pembentukan keluarga bermula dari pembentukan diri. Maka manusia perlu mempersiapkan diri mereka untuk berumah tangga. Bukan sekadar mempersiapkan diri mereka dengan material, tetapi juga dengan spiritual. Masalah kita yang hidup dalam dunia materialistik ini adalah, kita hanya mengira yang zahir sahaja. Kenduri nak guna berapa banyak duit, wang hantaran nak berapa, jamuan kahwin nak jemput berapa ramai orang, rumah nanti nak yang berapan tingkat dan sebagainya. Tetapi, adakah kita terfikir bahawa, yang nak membina keluarga bahagia, yang tenang, yang lapang dan yang menyenangkan itu adalah apa? Itulah dia keimanan kepada ALLAH dan ketaatan kepadaNya. Kebersihan hati dan kesucian jiwa kita. Barulah keluarga itu bahagia. Barulah keluarga itu mampu menyumbang untuk membina ummah yang kuat. ISLAM tidak memandang remeh atas perkahwinan. Kerana itulah dititik beratkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Memang sukar menunggu cinta bertaut... biasanya orang nak pakai jalan yang cepat sahaja. Memang perit menunggu... biasanya orang akan langkau sahaja guna saluran yang tidak syara’. Tetapi saya percaya, keperitan dan kesukaran ini, akan dibalasi dengan kemanisan yang berkekalan sehingga ke akhirnya. Itulah untungnya menahan diri dari berseronok dengan melangkau hukum-hukum ALLAH. Kemanisan cinta akan wujud barakah di dalamnya. Kehidupan akan sentiasa bahagia. Tetapi kalau kita melangkau hukum ALLAH, nescaya bahagia kita hanya sementara. Saya terus menunggu... Menunggu untuk menjemput bidadari saya... Sambil menunggu, peningkatan diri perlu bergerak sentiasa... Membina baitun sakinah... Bukan omongan orang-orang biasa... Kahwin itu adalah ibadah... Melahirkan zuriat itu adalah ibadah... Mentarbiyyah keluarga itu ibadah.. Ke arah hidup mendapat keredaan ALLAH insyALLAH... Jom fikir fasal kahwin dan membina keluarga Islamiyyah... Semoga ALLAH redha dengan kita. P/s: Saya sertakan lirik lagu Menjemput Bidadari... Saya cari videonya di Youtube tidak ada... Nak upload MP3nya.. internet di sini agak slow.. jadi lirik sahaja yang ada. Lagu ini saya tujukan khas untuk diri saya sendiri & ehem2... terimalah wahai bidadariku.. -Menjemput Bidadari- Bila yakin telah tiba, dipertemukan kutemukan aku keras ku mencari diri sepenuh hati terpisah jarak waktu mencari diri dipertemukan Sehingga kan kujemput engkau bidadari pertemukan aku keras ku mencari diri sepenuh hati -Menjemput Bidadari oleh ikhwan-
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu
Ya Ilahi Robbi
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi
Di penantian
Memohonkan ampunan
Bidadari telah menyentuh hati
Teduhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna
Bila tiba waktu
Ya Ilahi Robbi
Teguhkanlahku dilangkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Borang Online
Mari Sembang
|
Followersz
- Qarkun
- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata, maka zinanya ialah melihat, kedua telinga, zinanya ialah mendengarkan, lisan, zinanya iaiah berbicara, tangan, zinanya ialah mengambil, kaki, zinanya iaiah melangkah, hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya Imam Muslim, sedang riwayatnya Imam Bukhari adalah diringkaskan. (Bab 290) Haramnya Melihat Kepada Wanita Ajnabiyah Bukan Mahramnya — Dan Kepada Orang Banci Yang Bagus Tanpa Ada Keperluan Yang Dibenarkan Menurut Syara'
Hijrahz
Sejenak Bersama
Waktu Solat
Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan
Hadiz Muslim
Al-Quran
Cinta kerana ALLAH
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah
mencari CINTA YG DIREDHAI..
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat" "Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita" "Daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika dkau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" "Kurniakanlah daku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu" "Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" "Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu" "Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh daku dalam jurang cinta nafsu" "Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu" "Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu" "Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu" "Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu" "Daku mendambakan cinta suci yang terjaga" "Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya" "Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa" |
About Me
Blog Archive
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 commentz:
Post a Comment