Ikhwan Muslimin

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al-Ahzab: 71)

Monday, June 8, 2009

Wanita Cantik

Posted by Qarkun

SIAPAKAH WANITA YANG CANTIK

Bukan yang pakai itu cantik, tetapi akhlak lebih cantik. Sesungguhnya dunia

ini adalah alat perhiasan, sebaik-baik alat perhiasan di dunia adalah wanita

yang solehah. Wanita yang berbahagia adalah wanita yang dapat memelihara

akalnya ketika dia kehilangan hatinya. Tidak ada satu pun di dunia ini yang

dapat mengangkat darjat wanita, selain daripada kecuciannya.

Kesucian fikiran dan kesucian perilaku adalah kehormatan utama bagi wanita.

Kekuatan seorang wanita terletak pada lidahnya. Daripada semua hak wanita,

yang paling agung adalah menjadi ibu yang solehah.

Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia, manusia lebih tertarik pada kecantikan

daripada kebajikan. Sebahagian wanita lebih suka kelihatan cantik daripada

kelihatan cerdik, kerana sebahagian besar lelaki lebih pandai melihat mereka

daripada berfikir. Wanita adalah syurga bagi mata, neraka bagi jiwa dan

seksaan bagi kantung.

Wanita itu seperti bayangan, kejarlah dia, maka dia lari. Larilah daripadanya,

maka dia akan mengejar. Wanita yang mencintai tidak pernah ingin memerintah,

dia ingin menurut, apabila wanita mencari kekuasaan dia tidak memahami cinta.

Seorang wanita kalau biasa cantik perlu mempertahankan kecantikannya,

tetapi apabila ketuan sudah datang, jangan anda takut akan hal itu kerana

kecantikan terletak pada hati yang luhur. Ada masanya sukar menjadi wanita

cantik. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma mengiginkan

kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana

kalau seseorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya.

0 commentz: